msDOTinfo

Lagi Menarik

Sunday, September 23, 2012

Tips untuk dapatkan kmen di entri yang banyak




Cara Dapatkan Komen Yang Banyak - Assalamualaikum .. Hari ini saya nak kongsi cara cara untuk dapatkan komen di entri anda yang banyak. Harap apa yang saya kongsi ni dapat membantu sedikit sebanyak .. Berdasarkan pengalaman saya dalam berbloging hampir tiga tahun, saya dapati ramai blogger yang mengharapkan entri mereka mendapat sambutan atau komen yang banyak .. Termasuk lah saya sendiri ..

cara dapatkan komen yang banyak


Pertama sekali tajuk entri .. Perkara yang kita ingin berkongsi haruslah menarik minat pembaca.. Dengan tidak sengaja bila mereka lihat tajuk entri kita yang menarik, mereka akan tidak segan silu untuk Klik dan lihat apa isinya .. Dan juga perkara sebegitu akan mendorong mereka untuk meninggalkan komen ..

Kedua pula cara penulisan kita .. Ramai yang tahu dan mungkin ada diantara kita sendiri yang boleh dikatakan Gagal dalam segi cara penulisan. Apa yang saya maksudkan kat sini ialah cara penulisan atau ayat kita yang sukar untuk difahami. Contoh, "awax tao ak yunk sye shuker ngat at awax" . Masalah sebegitu akan menyebabkan pembaca terus pangkah dan tidak akan meninggalkan komen.

Ketiga, rajinkan komen entri orang lain dan amalkan blogwalking. Apa salahnya sambil sambil kita blogwalking sambil komen entri mereka kan.. Dengan itu juga mereka akan pergi ke blog kita dan mereka juga akan komen entri kita.. Sifat itu banyak di lakukan oleh blogger blogger lain  dengan trade mark You komen i, i komen you . Bloging lebih menyeronokkan jika anda mengamalkan sifat sebegitu ..

Yang paling penting elakkan copy paste entri orang lain ke entri anda. Sebab kemungkinan besar mereka sudah pun membaca entri tersebut sebelum anda.. Hanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini.. Terima kasih kerana sudi membaca .. :)

p/s : blog ini tak banyak komen sebab ini adalah blog kedua saya yang memaparkan info info masa kini sahaja. Boleh lihat di side bar saya untuk ke blog utama.. terima kasih ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...