msDOTinfo

Lagi Menarik

Monday, October 1, 2012

DJ Radio Diculik, Diseksa Lebih 3jam Dan Nyaris Dibakar!




"Engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau". Itulah apa yang dikatakan oleh salah seorang daripada mereka yang telah menculik Julie Diana Omar Syarif atau dikenali sebagai JD yang berusia lingkungan 34tahun. Dia telah diculik kira kira lebih daripada 3jam. Kereta Proton Satria Neo yang dinaikinya telah disekat oleh 2buah kereta lain secara mengejut dan dibawa ke satu tempat yang tidak dikenali.

julie diana omar diculik
Julie menunjukkan kesan calar pada keretanya akibat dikawasan semak dekat ladang.
Penculik menggunakan walkie-talkie untuk berhubung dengan seseorang yang tidak dikenali yang mengarah untuk mengelar sedikit dibahagian leher Julie serta menoreh dibawah ibu jarinya. Dia diculik Sabtu lalu di Danga Bay pada jam 1pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

juruhebah radio diculik
Julie menunjukkan lehernya yang dikelar dan ibu jarinya yang ditoreh.

Julie juga memaklumkan bahawa kumpulan penculik yang terbabit mungkin melebihi 10 individu.. Penculik yang menculiknya berbuat demikian kerana tidak membalas cintanya. Sepanjang perjalanannya ketika diculik, penculik telah merampas barang kemas miliknya serta wang yang berjumlah RM4,000 yang baru sahaja dikeluarkan dari mesin ATM. Jumlah keseluruhan ialah RM20,000.

Selepas barang-baang miliknya dirampas, empat penculik yang berada didalam kereta itu merancang untuk membakar Julie. Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka tidak sanggup untuk berbuat demikian dengan menyatakan "kesian lah beb dekat kakak ni, gua tak boleh nak bakar dia". Ia menyebabkan kumpulan penculik itu tidak membunuhnya dan mencari lokasi untuk memberi peluang membebaskan diri.

Pada awalnya mereka ingin meninggalkan Julie disebuah surau tetapi mereka takut Julie akan ditemui oleh satu lagi kumpulan penjenayah yang turut memburunya akan temui Julie. Mereka kemudiannya melepaskan julie di sebuah kawasan gelap di Kulaijaya dan menyuruh Julie untuk menyelamatkan diri. Seorang daripada penculik menyerahkan wang, air mineral serta lesen memandu miliknya. Wang tersebut diberikan kerana penculik tersebut menyatakan bahawa kereta milik Julie tidak ada minyak langsung.

Julie kemudiannya memandu kenderaan tersebut dan ke sebuah kilang proses ayam dan meminta bantuan daripada pengawal keselamatan untuk menghubungi polis serta ahli keluarganya. Kurang 10 minit berikutnya, sepasukan polis telah tiba di kilang tesebut dan membawanya ke balai Polis Air Bemban, Kulaijaya. Julie kemudian dinasihati polis agar tidak keluar dari rumah bersendirian manakala doktor memberi cuti beberapa hari baginya untuk menenangkan diri.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...