msDOTinfo

Lagi Menarik

Wednesday, October 10, 2012

Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013 DIBUKA


Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL, KPTM, KM Sesi Januari 2013 | Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2013.

Permohonan Ke Institusi Pendidikan MARA Sesi Januari 2013

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)
Program Pengajian

KOLEJ PROFESIONAL MARA
  • Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah
KOLEJ POLY-TECH MARA
  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi
GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE
  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma
KOLEJ MARA
  • Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)
Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf
Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKLGMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPMKKTMIKM dan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.



Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2013 ditutup pada 23 Oktober 2012.

Maklumat

> Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja.
> Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
> Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :-

  • Kolej Profesional MARA

  • Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
    Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
    Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2613 4075 / 4076 / 4077
    Tel: 03-2613 2000 samb 39010 / 39011
    Faks: 03-2691 0636
    e-mel: upim@mara.gov.my
    Laman web : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

  • Universiti Kuala Lumpur

  • Bahagian Hal Ehwal Akademik
    1016, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2175 4000
    Faks: 03-2175 4001
    e-mel: enquiries@unikl.edu.my
    Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my

  • Kolej Poly-Tech MARA

  • Bahagian Pemasaran Korporat
    Jalan 6/91,
    Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
    56100 Kuala Lumpur
    Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762
    Faks: 03-9281 7491
    e-mel: marketing@kptm.edu.my
    Laman web : www.kptm.edu.my

  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA

  • Institut Kemahiran MARA
    Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
    Tingkat 20 & 21,
    Ibu Pejabat MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2613 4605 / 4612
    Faks: 03-2691 4510
    e-mel: upimikm@mara.gov.my
    Laman web : http://www.ikm.edu.my/

  • German-Malaysian Institute 

  • Jalan Ilmiah,
    Taman Universiti,
    43000 Kajang,
    Selangor
    Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288
    Faks: 03-8921 9001
    e-mel: enquirygmi@gmail.com
    Laman web : www.gmi.edu.my

1 comment:

PORUMAN said...

thanks this info... baru tahu td pula.. lambatnye dpt info kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...