msDOTinfo

Lagi Menarik

Tuesday, December 11, 2012

Jurusolek Artis Disyaki Diliwat Sebelum Dibunuh





KUALA LUMPUR, 5 DIS 2012: Bekas jurusolek peribadi kepada penyanyi dan pelakon, Amy Mastura yang dikenali sebagai Dicky telah ditemui mati dalam keadaaan yang sangat kejam apabila tangan dan kaki dikat dengan sehelai kain di rumahnya di Kampung Kasipilay, Selasa lalu.
Dalam akhbar News Strait Times hari ini melaporkan, mayat, Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, ditemui oleh abangnya pada pukul 8 malam semalam apabila dia berkunjung ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu. Allahyarham dipercayai telah dicekik oleh suspek.
Menurut rakan Dicky, Razman Razmi, tiada tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk tetapi dia menyedari antara barang yang hilang ialah telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa.
Sementara itu, rakannya yang lain pula berkata kali terakhir dia bertemu Dicky ialah pada 30 November lalu.
"Kami keluar untuk makan malam dan seorang kawan kami telah menghadiahkan Dicky sehelai kain Batik. Pada malam itu Dicky membuat lawak yang dia mahu menggunakannya kain batik tersebut untuk menutup mayatnya. Kami melarangnya daripada membuat lawak sebegitu. Saya tidak pernah terfikir yang itu adalah kali terakhir kami melihat dia," katanya.
Selain Amy Mastura, Dicky terkenal di kalangan industri hiburan dan sering menyolek wajah artis-artis popular tempatan.
Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber : Murai.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...